SELAMAT DATANG

Saturday 10 December 2011

Refleksi Pembangunan Blog

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  dan Salam Sejahtera kepada Pn Nur Saadah dan rakan-rakan.

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dapatlah saya menyiapkan Tugasan 1C, Pembangunan Blog seperti mana yang dikehendaki oleh pihak UPSI. Pada permulaannya, saya merasakan tugasan ini terlalu berat bagi saya kerana saya tidak mempunyai pengalaman dalam membuat blog. Puas saya bertanya kepada rakan-rakan yang lebih arif dan berkemahiran dalam menghasilkan blog. Atas bimbingan dan dorongan keluarga dan rakan-rakan, akhirnya saya berjaya menghasilkan blog pendidikan saya sendiri walau tidak sehebat mana. Masih terdapat banyak kekurangan kerana ianya merupakan pengalaman pertama saya. Walaubagaimanapun, ia merupakan pengalaman baru yang amat berharga bagi diri saya.

Kepada Pn Nur Saadah bt Fathil, saya pohonkan kemaafan sekiranya hasil tugasan saya tidak menepati kehendak puan. Saya melaksanakannya mengikut kefahaman saya sendiri berdasarkan arahan yang diberi sendiri.Segala kekurangan adalah kelemahan saya sendiri, dan segala kelebihan datangnya dari Allah.

Sekian, terima kasih.... Syukran Jazilan.

Wednesday 7 December 2011

Perkara-perkara Haram bagi Orang yang Tidak Wuduk atau Berhadas Kecil

1. Solat
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada hadis:

Mafhumnya: "Allah tidak menerima solat seseorang kamu apabila berhadas sehingga ia mengambil wuduk"

2. Tawaf di Kaabah
Sabda Rasulullah SAW:

Mafhumnya: Tawaf mengelilingi Baitullah itu sama seperti sembahyang melainkan kamu boleh bercakap-cakap ketika melakukannya. Oleh itu sesiapa yang bercakap-cakap ketika itu, maka janganlah dia bercakap-cakap kecuali yang baik-baik.

3. Menyentuh dan Membawa Al-Quran

Kanak-kanak yang belum baligh boleh menyentuh Al-Quran tanpa wuduk.


MENYENTUH AL-QURAN
Kanak-kanak yang belum baligh dan sedang mempelajari Al-Quran tidak diwajibkan mengambil wuduk untuk membawa dan menyentuh Al-Quran.
Sekiranya terpaksa memegang Al-Quran seperti untuk menyelamatkannya atau memelihara kehormatannya walaupun tidak berwuduk adalah diharuskan.






                                                   

Monday 5 December 2011

Apa Perkara yang Makruh Ketika Berwuduk?

Makruh Wuduk

1. Menggunakan air berlebih-lebihan.

2. Membasuh dan menyapu anggota wuduk lebih 3 kali.

3. Meminta orang lain mengambilkan air untuk wuduk tanpa uzur.

4. Mendahulukan membasuh atau menyapu anggota sebelah kiri daripada sebelah kanan.

5. Bercakap-cakap ketika sedang berwuduk.

6. Mengelap air wuduk.

Mari Kita Belajar Berwuduk Lebih Mendalam

Perkara-perkara yang Membatalkan Wuduk

1. Keluar sesuatu benda daripada salah satu daripada dua saluran kemaluan (qubul dan dubur) sama ada perkara biasa keluar seperti tahi, kencing mahupun yang tidak biasa seperti darah, batu atau sebagainya tetapi mani tidak dikira membatalkan wuduk, hanya sekadar mewajibkan mandi hadas.

2. Tidur yang tidak tetap punggungnya. Oleh itu tidur orang yang baring hukumnya batal sama ada tetap ataupun tidak, tetapi tidur orang yang duduk yang tetap punggungnya tidak batal wuduknya.

3. Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.

4. Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan tanpa berlapik. Tidak kira sentuhan itu menimbulkan syahwat ataupun tidak. Maksudnya ialah perempun ataupun lelaki yang ajnabi.

5. Menyentuh kemaluan hadapan manusia baik lelaki ataupun perempuan atau dirinya sendiri dengan perut tapak tangan termasuk perut anak jari maka batal wuduknya. Tetapi sekiranya tersentuh dengan belakang tapak tangan hukumnya tidak batal.

6. Menyentuh halkah dubur manusia dengan tidak berlapik juga bolah membatalkan wuduk.

MASALAH BERSENTUHAN 
i.  Orang yang menyentuh dan orang yang kena sentuh kedua-duanya batal wuduk.
ii. Wuduk tidak terbatal dengan menyentuh kanak-kanak perempuan yang kecil yang     belum bersyahwat.
iii.Batal wuduk dengan menyentuh orang perempuan tua tidak dikira sama ada si      lelaki yang menyentuh itu lemah tenaga batin atau terpotong kemaluan.
iv.Tersentuh rambut, gigi, dan juga kuku tidak membatalkan wuduk.

Mari Kita Sambung Mengenai Wuduk

SUNAT-SUNAT WUDUK    

Takrif Sunat Wuduk: Amalan yang digalakkan supaya dikerjakan sama ada sebelum mengambil wuduk atau ditengah-tengah (sedang berwuduk).
                                   
Sepuluh Perkara Sunat Wuduk:

1. Membaca Basmalah

Membaca basmalah pada permulaan hendak berwuduk kemudian membaca:

بسم الله و على ملة رسول الله صلى الله عليه واله اشهد ان لا اله الا       
     الله  و حدح لا شريك له و اشهد ان محمدا عبده و رسوله                   Maksudnya: `Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, Yang Esa dan tak ada sekutu bagi-Nya. Serta aku bersaksi bahawa Muhammad ialah hamba-Nya dan Rasul-Nya'.
                    

2. Membasuh Tangan hingga ke Pergelangan Tangan

Membasuh tangan hingga pergelangan tangan sebanyak tiga kali walaupun diyakini kebersihan tangan tersebut dan membaca:

بسم الله و الحمد لله الدي جعل الماء طهورا و لم يجعله نجسا
Maksudnya: `Dengan nama Allah dan segala puji bagi Allah, Yang menjadi air ini suci dan tidak menjadikannya najis'.
                    


3. Berkumur-kumur

Sunat berkumur-kumur dan membaca:

اللهم لقني حجتي يوم القاك و اطلق لساني بدكرك
Maksudnya: `Ya Allah, sampaikanlah kepadaku hujahku pada hari aku bertemu dengan –Mu.
                    Dan bebaskan lisanku dengan zikir kepada-Mu’.

4. Memasukkan Air ke Dalam Hidung

Memasukkan air ke dalam hidung, lebih afdalnya ialah  menyedut air ke dalam hidung kemudian dihembuskan keluar. Dan membaca:

اللهم لا تحرم علي ريح الجنة و اجعلني ممن يشم ريحها وروحها و طيبها
Maksudnya: Ya Allah, jangan engkau haramkan bagiku baungan syurga. Serta jadikan aku
                     daripada golongan orang yang mencium bauannya, kenikmatannya, dan
                     keharumannya’.

5. Menyapu Semua Bahagian Kepala

6. Membasuh Kedua-dua Telinga

Membasuh kedua-dua telinga zahir dan batin dan memasukkan kedua-dua jari ke anak telinga iaitu selepas menyapu kepala dengan air yang baru. Ertinya, tidaklah secara langsung air yang ada pada tangan untuk dibasuhkan kepala, dibasuhkan pula kepada telinga tetapi diambil air yang lain.

 Sunat membaca:

اللهم اجعلني من الدين يستمعون القول فيتبعون احسنه.اللهم اسمعني منادي الجنة في الجنة مع الابرار
Maksudnya:`Ya Tuhan, jadikanlah aku daripada golongan yang mendengar perkataan seterusnya
                     mengikuti yang mana lebih baik. Ya Tuhan, dengarkanlah kepada seruan syurga di
                     syurga bersama-sama orang-orang yang melakukan kebajikan’.

7. Menyelati Jari Tangan, Jari Kaki, Misai dan Janggut

Jari tangan, jari kaki, misai dan janggut yang tebal sunat diselati ketika berwuduk. Manakala bagi misai dan janggut yang nipis juga hendaklah diselati.


9. Membasuh / Menyapu Setiap Anggota Tiga Kali

10. Muawalat (berturut-turut)

Mari Belajar Berwuduk

Makna Wuduk

Dari Segi Bahasa: Dari segi bahasa Melayu bermaksud mengambil air sembahyang manakala dari segi bahasa bererti menggunakan air untuk kegunaan pada anggota-anggota yang tertentu.

Dari Segi Syarak: Membasuh beberapa anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air yang dimulai dengan niat.

Fardhu / Rukun Wuduk

1.Niat.

Mengangkat hadas kecil atau niat mengharuskan solat (membolehkan solat atau sebagainya) atau  niat menunaikan fardhu wuduk.Lafaz niat wuduk: نويت الوضوء لله تعالى  maksudnya: `Sengaja aku berwuduk semata-mata kerana Allah Taala'.

2. Membasuh Muka

Sempadan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di atas kepala sehingga penghujung tempat tumbuh janggut. Melintang pula di antara dua anak telinga, dan wajib menyampaikan air ke seluruh tempat dan juga bulu-bulu termasuk bulu mata, misai, janggut, dan sebagainya.Walau bagaimanapun, sunat melebihkan sedikit basuhan di atas kepala, ke telinga, dan juga di bawah dagu. Semasa muka disunatkan membaca:
اللهم بيض وجهي بنورك يوم تبيض  وجوه اءولياءك ولا تسود و جهي بظلماتك يوم تسود وجوه اءعدائك
   Maksudnya:`Ya Allah, putihkanlah mukaku dengan cahaya Engkau pada hari putihnya muka
                     wali-wali Engkau, dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan pada
                     hari hitamnya muka musuh-musuh Engkau’.

3. Membasuh Kedua-dua Belah Tangan Hingga Ke Siku

Maksud membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku ini bukanlah bererti sampai siku sahaja, malah hendaklah dilebihkan had basuhan sedikit ke atas siku dengan meratakan air ke seluruh tangan dan termasuk ke celah-celah kuku (sekiranya kuku itu panjang).
Sekiranya kuku itu mengandungi kekotoran hendaklah dibuang terlebih dahulu. Pastikan bahawa tiada sesuatu  apa pun benda-benda yang menghalang sampainya air ke kulit, begitu juga bulu-bulu yang terdapat pada anggota wuduk.
Disunatkan membaca doa ini semasa membasuh tangan:
اللهم اعطني كتابي بيميني و حاسبني حسابا يسيرا
                             Maksudnya: `Ya Allah berikanlah kepadaku kitab amalanku dengan tangan      
                                                 kananku dan hisabkan kepada daku dengan hisab yang mudah’.

Semasa membasuh tangan kiri disunatkan pula membaca:
اللهم اني اعود بك ان تعطيني كتابي بشمالي او من وراء ظهري
Maksudnya:`Ya Allah aku berlindung kepada Engkau daripada memberikan kepadaku kitab
                   amalanku dengan tangan kiri ataupun dari belakangku’.


4.Menyapu Sedikit Air di Bahagian Kepala

Memadailah dengan menyapu sedikit sahaja air ke atas mana-mana bahagian kepala.
Selepas menyapu air di atas kepala sunat pula membaca:
اللهم غشني برحمتك و انزل علي من بركاتك و اظلني تحت ظل عرشك يوم لا ظل الا ظلك
Maksudnya: Ya Allah tutupilah akan daku dengan rahmat Engkau, dan turunkanlah kepadaku
                   keberkatan Engkau, naungilah akan daku di bawah naungan Arasy Engkau pada
                   hari tidak ada naungan melainkan naungan Engkau.

 5. Membasuh Kaki Hingga Dua Buku Lali

Sebagaimana juga tangan, maka apabila disebut buku lali, maka sunat juga membasuh lebih sedikit daripada had basuhan ke atas buku lali. Begitu juga diwajibkan menyampaikan air ke dalam kuku-kuku kaki dan sebagainya.
Disunatkan membaca doa ini selepas membasuh kaki kanan dan kiri:
اللهم ثبت قدمي على الصراط يوم تزل فيه القدام                       
Maksudnya:`Ya Allah tetapkan kedua-dua kakiku pada sirat, pada hari Engkau jatuhkan
                   kaki-kaki’.

6. Tertib

Iaitu didahulukan mengikut giliran yang ditentukan.


Doa Selepas Wuduk:
اشهد ان لا اله الا الله و حده لا شريك له, و اشهد ان محمد عبده و رسوله. اللهم اجعلني من التوابين و اجعلني من المتطهرين واجعمني  من عبادك الصالحين.

Maksudnya: `Aku naik saksi tiada Tuhan yand disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada
                     sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan
                     pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku golongan yang bertaubat, jadikanlah daku
                     daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau
                     yang soleh’.

Nota: Sesiapa membaca doa ini selepas berwuduk maka akan keluar segala dosanya daripada
         segala anggotanya dan dicap pahala wuduknya dengan satu cap yang ia tidak akan mati
         dalam keadaan murtad.
         Dalam erti kata ia akan mati dalam beriman, dan wuduknya akan diangkat ke langit dan air
         wuduk itu sentiasa bertasbih dan bertafakur dan dituliskan baginya pahala sehingga hari
         kiamat.

Animasi Cara Berwuduk

Marilah Berwuduk

Tuesday 29 November 2011

Aktiviti Prasekolah

Aktiviti mencantum gambar.
Aktiviti riadah pada waktu pagi.
Aktiviti berwuduk yang dilakukan ketika pengajaran Pendidikan Islam



Monday 7 November 2011

Permata Hatiku

Permata Hatiku....
Anak-anak yang ku didik ke jalan Mu,
Jalan menuju keredhaan Mu,
Besar harapanku, agar permata hatiku,
Sejahtera hidup, mendapat syafaat Mu,
Ku korbankan jiwa ragaku,
Demi permata hatiku,
Berjaya di dunia, berbahagia di akhirat Mu.