SELAMAT DATANG

Monday 5 December 2011

Mari Belajar Berwuduk

Makna Wuduk

Dari Segi Bahasa: Dari segi bahasa Melayu bermaksud mengambil air sembahyang manakala dari segi bahasa bererti menggunakan air untuk kegunaan pada anggota-anggota yang tertentu.

Dari Segi Syarak: Membasuh beberapa anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air yang dimulai dengan niat.

Fardhu / Rukun Wuduk

1.Niat.

Mengangkat hadas kecil atau niat mengharuskan solat (membolehkan solat atau sebagainya) atau  niat menunaikan fardhu wuduk.Lafaz niat wuduk: نويت الوضوء لله تعالى  maksudnya: `Sengaja aku berwuduk semata-mata kerana Allah Taala'.

2. Membasuh Muka

Sempadan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di atas kepala sehingga penghujung tempat tumbuh janggut. Melintang pula di antara dua anak telinga, dan wajib menyampaikan air ke seluruh tempat dan juga bulu-bulu termasuk bulu mata, misai, janggut, dan sebagainya.Walau bagaimanapun, sunat melebihkan sedikit basuhan di atas kepala, ke telinga, dan juga di bawah dagu. Semasa muka disunatkan membaca:
اللهم بيض وجهي بنورك يوم تبيض  وجوه اءولياءك ولا تسود و جهي بظلماتك يوم تسود وجوه اءعدائك
   Maksudnya:`Ya Allah, putihkanlah mukaku dengan cahaya Engkau pada hari putihnya muka
                     wali-wali Engkau, dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan pada
                     hari hitamnya muka musuh-musuh Engkau’.

3. Membasuh Kedua-dua Belah Tangan Hingga Ke Siku

Maksud membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku ini bukanlah bererti sampai siku sahaja, malah hendaklah dilebihkan had basuhan sedikit ke atas siku dengan meratakan air ke seluruh tangan dan termasuk ke celah-celah kuku (sekiranya kuku itu panjang).
Sekiranya kuku itu mengandungi kekotoran hendaklah dibuang terlebih dahulu. Pastikan bahawa tiada sesuatu  apa pun benda-benda yang menghalang sampainya air ke kulit, begitu juga bulu-bulu yang terdapat pada anggota wuduk.
Disunatkan membaca doa ini semasa membasuh tangan:
اللهم اعطني كتابي بيميني و حاسبني حسابا يسيرا
                             Maksudnya: `Ya Allah berikanlah kepadaku kitab amalanku dengan tangan      
                                                 kananku dan hisabkan kepada daku dengan hisab yang mudah’.

Semasa membasuh tangan kiri disunatkan pula membaca:
اللهم اني اعود بك ان تعطيني كتابي بشمالي او من وراء ظهري
Maksudnya:`Ya Allah aku berlindung kepada Engkau daripada memberikan kepadaku kitab
                   amalanku dengan tangan kiri ataupun dari belakangku’.


4.Menyapu Sedikit Air di Bahagian Kepala

Memadailah dengan menyapu sedikit sahaja air ke atas mana-mana bahagian kepala.
Selepas menyapu air di atas kepala sunat pula membaca:
اللهم غشني برحمتك و انزل علي من بركاتك و اظلني تحت ظل عرشك يوم لا ظل الا ظلك
Maksudnya: Ya Allah tutupilah akan daku dengan rahmat Engkau, dan turunkanlah kepadaku
                   keberkatan Engkau, naungilah akan daku di bawah naungan Arasy Engkau pada
                   hari tidak ada naungan melainkan naungan Engkau.

 5. Membasuh Kaki Hingga Dua Buku Lali

Sebagaimana juga tangan, maka apabila disebut buku lali, maka sunat juga membasuh lebih sedikit daripada had basuhan ke atas buku lali. Begitu juga diwajibkan menyampaikan air ke dalam kuku-kuku kaki dan sebagainya.
Disunatkan membaca doa ini selepas membasuh kaki kanan dan kiri:
اللهم ثبت قدمي على الصراط يوم تزل فيه القدام                       
Maksudnya:`Ya Allah tetapkan kedua-dua kakiku pada sirat, pada hari Engkau jatuhkan
                   kaki-kaki’.

6. Tertib

Iaitu didahulukan mengikut giliran yang ditentukan.


Doa Selepas Wuduk:
اشهد ان لا اله الا الله و حده لا شريك له, و اشهد ان محمد عبده و رسوله. اللهم اجعلني من التوابين و اجعلني من المتطهرين واجعمني  من عبادك الصالحين.

Maksudnya: `Aku naik saksi tiada Tuhan yand disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada
                     sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan
                     pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku golongan yang bertaubat, jadikanlah daku
                     daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau
                     yang soleh’.

Nota: Sesiapa membaca doa ini selepas berwuduk maka akan keluar segala dosanya daripada
         segala anggotanya dan dicap pahala wuduknya dengan satu cap yang ia tidak akan mati
         dalam keadaan murtad.
         Dalam erti kata ia akan mati dalam beriman, dan wuduknya akan diangkat ke langit dan air
         wuduk itu sentiasa bertasbih dan bertafakur dan dituliskan baginya pahala sehingga hari
         kiamat.

No comments:

Post a Comment