_____________________________________________
Kepada rakan-rakan yang ingin mengajar tajuk wuduk boleh la mengaplikasi Lembaran Kerja yang telah
saya sediakan..sila klik di sini
___________________________________________
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Prasekolah:
Mata pelajaran :Pendidikan Islam ( Ulum Syariah- Ibadah)
Kelas :Prasekolah
Tarikh :3 November 2011
Masa :10.00 pagi – 11.00 pagi (60 minit)
Bilangan murid :25 orang
Tajuk :Wuduk
Bidang pelajaran :Rukun, anggota dan alat berwuduk
Objektif pembelajaran :Mengetahui rukun wuduk, anggota badan untuk berwuduk dan alat berwuduk iaitu air.
Hasil pembelajaran ` :Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A Menguasai isi kandungan
1. Dapat menyebut maksud wuduk , menghafaz niat wuduk dengan fasih
dan betul.
2. Dapat menunjukkan kawasan anggota wuduk yang betul
3. Dapat menyebut alat-alat berwuduk dan nama-nama air mutlak
B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
1. Menyebut nama-nama air mutlak dari sumber alam
2. menyatakan bentuk dan dari mana boleh diperoleh air
C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni 1. Sentiasa mengamalkan aktiviti yang bersih- membuang kotoran
2. Air mutlak bersifat menyucikan dan gunakan tanpa membazir
Konsep/prinsip/hukum/teori:
Rukun, niat, anggota wuduk, air mutlak, tertib, wajib
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
i. Power point berwuduk ( memaparkan tentang niat/ erti/ anggota dan alat berwuduk )
ii. anak patung dan air mutlak ( satu baldi )
iii. VCD soaljawab tentang berwuduk yang berkaitan dengan subtopik, lirik lagu
iii. lembaran kerja- mewarnakan gambar air / jenis air yang boleh digunakan untuk
iv. berwuduk
Langkah berjaga-jaga:
Lantai licin dengan air, boleh terjatuh jika tidak berhati-hati.
Pengetahuan sedia ada:
Murid mengetahui beberapa anggota wuduk.
Fasa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Nota | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Permulaan/ Mencungkil idea (5 min) | -Menunjukkan sebotol air mineral. Kegunaannya : i. untuk diminum ii.untuk mandi iii.untuk bersuci iv.untuk membasuh v. untuk berwuduk -bersoal jawab tentang kegunaan air | -Guru menunjukkan sebotol air mineral dan mencungkil idea murid tentang kegunaan air. -Guru memberi penerangan berkaitan air dengan tajuk hari ini iaitu wuduk. i. wuduk itu apa ? wuduk ialah menyucikan diri sebelum melakukan ibadah tertentu. | -memberi pendapat tentang kegunaan air -menyebut maksud wuduk | (ABM) -air mineral (NILAI MURNI) -istiqomah dalam menuntut ilmu |
Pencetusan idea (20 min) | -Menonton tayangan CD/VCD, -Rukun Wuduk : i.Niat نويت وضوء لله تعالى ii.Membasuh muka iii.membasuh tangan kanan dan kiri hingga kesiku iv.membasuh sebahagian kepala v.membasuk kaki hingga paras buku lali vi.tertib. | -Guru menayangkan CD perlakuan orang berwuduk -Guru memberi penerangan kepada murid dan membimbing murid membaca niat wuduk dan ertinya berpandukan carta. | -Murid menonton dan memberi pendapat tentang apa yang ditonton. -murid mengikut bacaan guru berulangkali hingga fasih dan lancar secara beramai-ramai, berkumpulan dan individu | (ABM) -CD & TV -Carta Niat Wuduk dan ertinya (NILAI MURNI) -memberi perhatian -bersungguh-sungguh -rajin |
Perkemba-ngan idea (30 min) | Simulasi anak patung / bersoaljawab/ nyanyian lagu nama air mutlak Air mutlak ada 7, Pertama air hujan, Kedua air laut, Ketiga air sungai, Keempat air telaga, Kelima air mata air, Keenam air embun, Ketujuh air salji.. (Menggunakan irama lagu “Ikan kekek mak iloi-iloi”) lembaran kerja pengukuhan | -Guru membuat simulasi dengan mengangkat wuduk pada anak patung - Bersoal jawab : i. Cuba baca niat beramai-ramai… ii. Selepas niat kita perlu buat apa ? iii.Berapa kali kena basuh muka, tangan, kepala dan kaki ? -Guru membimbing murid menyanyi lagu nama air mutlak sambil menggerakkan tangan seperti aliran dan jenis air -Guru mengedarkan lembaran kerja pengukuhan- Nomborkan rukun wuduk mengikut urutan. | -murid melihat simulasi guru -Murid memberi respon dari soalan guru -Murid mengikut guru menyanyi berulang kali sambil membuat gaya yang ditunjukkan guru -mewarnakan gambar yang diedarkan | (ABM) -Anak Patung berbentuk manusia. -Carta Lagu air mutlak -lembaran kerja (NILAI MURNI) -bersungguh-sungguh -Ingin tahu -bekerjasama -berdisiplin |
Refleksi/ Penutup (5 min) | Soalan kuiz i. Siapa boleh bacakan niat wuduk? ii. Rukun wuduk ada berapa? iii.Sebutkan nama air mutlak yang kamu ketahui? | -Guru bertanyakan soalan kuiz sebagai rumusan | -Murid menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan mengangkat tangan. -menyanyi lagu air mutlak beramai-ramai | -carta lagu |