SELAMAT DATANG

Monday 5 December 2011

Mari Kita Belajar Berwuduk Lebih Mendalam

Perkara-perkara yang Membatalkan Wuduk

1. Keluar sesuatu benda daripada salah satu daripada dua saluran kemaluan (qubul dan dubur) sama ada perkara biasa keluar seperti tahi, kencing mahupun yang tidak biasa seperti darah, batu atau sebagainya tetapi mani tidak dikira membatalkan wuduk, hanya sekadar mewajibkan mandi hadas.

2. Tidur yang tidak tetap punggungnya. Oleh itu tidur orang yang baring hukumnya batal sama ada tetap ataupun tidak, tetapi tidur orang yang duduk yang tetap punggungnya tidak batal wuduknya.

3. Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.

4. Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan tanpa berlapik. Tidak kira sentuhan itu menimbulkan syahwat ataupun tidak. Maksudnya ialah perempun ataupun lelaki yang ajnabi.

5. Menyentuh kemaluan hadapan manusia baik lelaki ataupun perempuan atau dirinya sendiri dengan perut tapak tangan termasuk perut anak jari maka batal wuduknya. Tetapi sekiranya tersentuh dengan belakang tapak tangan hukumnya tidak batal.

6. Menyentuh halkah dubur manusia dengan tidak berlapik juga bolah membatalkan wuduk.

MASALAH BERSENTUHAN 
i.  Orang yang menyentuh dan orang yang kena sentuh kedua-duanya batal wuduk.
ii. Wuduk tidak terbatal dengan menyentuh kanak-kanak perempuan yang kecil yang     belum bersyahwat.
iii.Batal wuduk dengan menyentuh orang perempuan tua tidak dikira sama ada si      lelaki yang menyentuh itu lemah tenaga batin atau terpotong kemaluan.
iv.Tersentuh rambut, gigi, dan juga kuku tidak membatalkan wuduk.

No comments:

Post a Comment