Tuesday, 6 December 2011
Monday, 5 December 2011
Apa Perkara yang Makruh Ketika Berwuduk?
Makruh Wuduk
1. Menggunakan air berlebih-lebihan.
2. Membasuh dan menyapu anggota wuduk lebih 3 kali.
3. Meminta orang lain mengambilkan air untuk wuduk tanpa uzur.
4. Mendahulukan membasuh atau menyapu anggota sebelah kiri daripada sebelah kanan.
5. Bercakap-cakap ketika sedang berwuduk.
6. Mengelap air wuduk.

Mari Kita Belajar Berwuduk Lebih Mendalam
Perkara-perkara yang Membatalkan Wuduk
1. Keluar sesuatu benda daripada salah satu daripada dua saluran kemaluan (qubul dan dubur) sama ada perkara biasa keluar seperti tahi, kencing mahupun yang tidak biasa seperti darah, batu atau sebagainya tetapi mani tidak dikira membatalkan wuduk, hanya sekadar mewajibkan mandi hadas.
2. Tidur yang tidak tetap punggungnya. Oleh itu tidur orang yang baring hukumnya batal sama ada tetap ataupun tidak, tetapi tidur orang yang duduk yang tetap punggungnya tidak batal wuduknya.
3. Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.
4. Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan tanpa berlapik. Tidak kira sentuhan itu menimbulkan syahwat ataupun tidak. Maksudnya ialah perempun ataupun lelaki yang ajnabi.
5. Menyentuh kemaluan hadapan manusia baik lelaki ataupun perempuan atau dirinya sendiri dengan perut tapak tangan termasuk perut anak jari maka batal wuduknya. Tetapi sekiranya tersentuh dengan belakang tapak tangan hukumnya tidak batal.
6. Menyentuh halkah dubur manusia dengan tidak berlapik juga bolah membatalkan wuduk.

MASALAH BERSENTUHAN
i. Orang yang menyentuh dan orang yang kena sentuh kedua-duanya batal wuduk.
ii. Wuduk tidak terbatal dengan menyentuh kanak-kanak perempuan yang kecil yang belum bersyahwat.
iii.Batal wuduk dengan menyentuh orang perempuan tua tidak dikira sama ada si lelaki yang menyentuh itu lemah tenaga batin atau terpotong kemaluan.
iv.Tersentuh rambut, gigi, dan juga kuku tidak membatalkan wuduk.
Mari Kita Sambung Mengenai Wuduk
SUNAT-SUNAT WUDUK
Sepuluh Perkara Sunat Wuduk:
1. Membaca Basmalah
Membaca basmalah pada permulaan hendak berwuduk kemudian membaca:
بسم الله و على ملة رسول الله صلى الله عليه واله اشهد ان لا اله الا
الله و حدح لا شريك له و اشهد ان محمدا عبده و رسوله Maksudnya: `Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, Yang Esa dan tak ada sekutu bagi-Nya. Serta aku bersaksi bahawa Muhammad ialah hamba-Nya dan Rasul-Nya'.
2. Membasuh Tangan hingga ke Pergelangan Tangan
Membasuh tangan hingga pergelangan tangan sebanyak tiga kali walaupun diyakini kebersihan tangan tersebut dan membaca:
بسم الله و الحمد لله الدي جعل الماء طهورا و لم يجعله نجسا
Maksudnya: `Dengan nama Allah dan segala puji bagi Allah, Yang menjadi air ini suci dan tidak menjadikannya najis'. 3. Berkumur-kumur
Sunat berkumur-kumur dan membaca:
اللهم لقني حجتي يوم القاك و اطلق لساني بدكرك
Maksudnya: `Ya Allah, sampaikanlah kepadaku hujahku pada hari aku bertemu dengan –Mu.Dan bebaskan lisanku dengan zikir kepada-Mu’.
4. Memasukkan Air ke Dalam Hidung
Memasukkan air ke dalam hidung, lebih afdalnya ialah menyedut air ke dalam hidung kemudian dihembuskan keluar. Dan membaca:
اللهم لا تحرم علي ريح الجنة و اجعلني ممن يشم ريحها وروحها و طيبها
Maksudnya: Ya Allah, jangan engkau haramkan bagiku baungan syurga. Serta jadikan aku daripada golongan orang yang mencium bauannya, kenikmatannya, dan
keharumannya’.
5. Menyapu Semua Bahagian Kepala
6. Membasuh Kedua-dua Telinga
Membasuh kedua-dua telinga zahir dan batin dan memasukkan kedua-dua jari ke anak telinga iaitu selepas menyapu kepala dengan air yang baru. Ertinya, tidaklah secara langsung air yang ada pada tangan untuk dibasuhkan kepala, dibasuhkan pula kepada telinga tetapi diambil air yang lain.
Sunat membaca:
اللهم اجعلني من الدين يستمعون القول فيتبعون احسنه.اللهم اسمعني منادي الجنة في الجنة مع الابرار
Maksudnya:`Ya Tuhan, jadikanlah aku daripada golongan yang mendengar perkataan seterusnyamengikuti yang mana lebih baik. Ya Tuhan, dengarkanlah kepada seruan syurga di
syurga bersama-sama orang-orang yang melakukan kebajikan’.
7. Menyelati Jari Tangan, Jari Kaki, Misai dan Janggut
Jari tangan, jari kaki, misai dan janggut yang tebal sunat diselati ketika berwuduk. Manakala bagi misai dan janggut yang nipis juga hendaklah diselati.
9. Membasuh / Menyapu Setiap Anggota Tiga Kali
10. Muawalat (berturut-turut)
Mari Belajar Berwuduk
Makna Wuduk
Dari Segi Bahasa: Dari segi bahasa Melayu bermaksud mengambil air sembahyang manakala dari segi bahasa bererti menggunakan air untuk kegunaan pada anggota-anggota yang tertentu.
Dari Segi Syarak: Membasuh beberapa anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air yang dimulai dengan niat.
Fardhu / Rukun Wuduk
1.Niat.
Mengangkat hadas kecil atau niat mengharuskan solat (membolehkan solat atau sebagainya) atau niat menunaikan fardhu wuduk.Lafaz niat wuduk: نويت الوضوء لله تعالى maksudnya: `Sengaja aku berwuduk semata-mata kerana Allah Taala'.
2. Membasuh Muka
Sempadan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di atas kepala sehingga penghujung tempat tumbuh janggut. Melintang pula di antara dua anak telinga, dan wajib menyampaikan air ke seluruh tempat dan juga bulu-bulu termasuk bulu mata, misai, janggut, dan sebagainya.Walau bagaimanapun, sunat melebihkan sedikit basuhan di atas kepala, ke telinga, dan juga di bawah dagu. Semasa muka disunatkan membaca:
wali-wali Engkau, dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan pada
hari hitamnya muka musuh-musuh Engkau’.
3. Membasuh Kedua-dua Belah Tangan Hingga Ke Siku
Maksud membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku ini bukanlah bererti sampai siku sahaja, malah hendaklah dilebihkan had basuhan sedikit ke atas siku dengan meratakan air ke seluruh tangan dan termasuk ke celah-celah kuku (sekiranya kuku itu panjang).
Sekiranya kuku itu mengandungi kekotoran hendaklah dibuang terlebih dahulu. Pastikan bahawa tiada sesuatu apa pun benda-benda yang menghalang sampainya air ke kulit, begitu juga bulu-bulu yang terdapat pada anggota wuduk.
Disunatkan membaca doa ini semasa membasuh tangan:
kananku dan hisabkan kepada daku dengan hisab yang mudah’.
Semasa membasuh tangan kiri disunatkan pula membaca:
amalanku dengan tangan kiri ataupun dari belakangku’.
4.Menyapu Sedikit Air di Bahagian Kepala
Memadailah dengan menyapu sedikit sahaja air ke atas mana-mana bahagian kepala.
Selepas menyapu air di atas kepala sunat pula membaca:
اللهم غشني برحمتك و انزل علي من بركاتك و اظلني تحت ظل عرشك يوم لا ظل الا ظلك
Maksudnya: Ya Allah tutupilah akan daku dengan rahmat Engkau, dan turunkanlah kepadaku
keberkatan Engkau, naungilah akan daku di bawah naungan Arasy Engkau pada
hari tidak ada naungan melainkan naungan Engkau.
5. Membasuh Kaki Hingga Dua Buku Lali
Sebagaimana juga tangan, maka apabila disebut buku lali, maka sunat juga membasuh lebih sedikit daripada had basuhan ke atas buku lali. Begitu juga diwajibkan menyampaikan air ke dalam kuku-kuku kaki dan sebagainya.
Disunatkan membaca doa ini selepas membasuh kaki kanan dan kiri:
اللهم ثبت قدمي على الصراط يوم تزل فيه القدام
Maksudnya:`Ya Allah tetapkan kedua-dua kakiku pada sirat, pada hari Engkau jatuhkan
kaki-kaki’.
6. Tertib
Doa Selepas Wuduk:
Dari Segi Bahasa: Dari segi bahasa Melayu bermaksud mengambil air sembahyang manakala dari segi bahasa bererti menggunakan air untuk kegunaan pada anggota-anggota yang tertentu.
Dari Segi Syarak: Membasuh beberapa anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air yang dimulai dengan niat.
Fardhu / Rukun Wuduk
1.Niat.
Mengangkat hadas kecil atau niat mengharuskan solat (membolehkan solat atau sebagainya) atau niat menunaikan fardhu wuduk.Lafaz niat wuduk: نويت الوضوء لله تعالى maksudnya: `Sengaja aku berwuduk semata-mata kerana Allah Taala'.
2. Membasuh Muka
Sempadan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di atas kepala sehingga penghujung tempat tumbuh janggut. Melintang pula di antara dua anak telinga, dan wajib menyampaikan air ke seluruh tempat dan juga bulu-bulu termasuk bulu mata, misai, janggut, dan sebagainya.Walau bagaimanapun, sunat melebihkan sedikit basuhan di atas kepala, ke telinga, dan juga di bawah dagu. Semasa muka disunatkan membaca:
اللهم بيض وجهي بنورك يوم تبيض وجوه اءولياءك ولا تسود و جهي بظلماتك يوم تسود وجوه اءعدائك
Maksudnya:`Ya Allah, putihkanlah mukaku dengan cahaya Engkau pada hari putihnya mukawali-wali Engkau, dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan pada
hari hitamnya muka musuh-musuh Engkau’.
3. Membasuh Kedua-dua Belah Tangan Hingga Ke Siku
Maksud membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku ini bukanlah bererti sampai siku sahaja, malah hendaklah dilebihkan had basuhan sedikit ke atas siku dengan meratakan air ke seluruh tangan dan termasuk ke celah-celah kuku (sekiranya kuku itu panjang).
Sekiranya kuku itu mengandungi kekotoran hendaklah dibuang terlebih dahulu. Pastikan bahawa tiada sesuatu apa pun benda-benda yang menghalang sampainya air ke kulit, begitu juga bulu-bulu yang terdapat pada anggota wuduk.
Disunatkan membaca doa ini semasa membasuh tangan:
اللهم اعطني كتابي بيميني و حاسبني حسابا يسيرا
Maksudnya: `Ya Allah berikanlah kepadaku kitab amalanku dengan tangan kananku dan hisabkan kepada daku dengan hisab yang mudah’.
Semasa membasuh tangan kiri disunatkan pula membaca:
اللهم اني اعود بك ان تعطيني كتابي بشمالي او من وراء ظهري
Maksudnya:`Ya Allah aku berlindung kepada Engkau daripada memberikan kepadaku kitab amalanku dengan tangan kiri ataupun dari belakangku’.
4.Menyapu Sedikit Air di Bahagian Kepala
Memadailah dengan menyapu sedikit sahaja air ke atas mana-mana bahagian kepala.
Selepas menyapu air di atas kepala sunat pula membaca:
اللهم غشني برحمتك و انزل علي من بركاتك و اظلني تحت ظل عرشك يوم لا ظل الا ظلك
Maksudnya: Ya Allah tutupilah akan daku dengan rahmat Engkau, dan turunkanlah kepadaku
keberkatan Engkau, naungilah akan daku di bawah naungan Arasy Engkau pada
hari tidak ada naungan melainkan naungan Engkau.
5. Membasuh Kaki Hingga Dua Buku Lali
Sebagaimana juga tangan, maka apabila disebut buku lali, maka sunat juga membasuh lebih sedikit daripada had basuhan ke atas buku lali. Begitu juga diwajibkan menyampaikan air ke dalam kuku-kuku kaki dan sebagainya.
Disunatkan membaca doa ini selepas membasuh kaki kanan dan kiri:
اللهم ثبت قدمي على الصراط يوم تزل فيه القدام
Maksudnya:`Ya Allah tetapkan kedua-dua kakiku pada sirat, pada hari Engkau jatuhkan
kaki-kaki’.
6. Tertib
Iaitu didahulukan mengikut giliran yang ditentukan.
Doa Selepas Wuduk:
اشهد ان لا اله الا الله و حده لا شريك له, و اشهد ان محمد عبده و رسوله. اللهم اجعلني من التوابين و اجعلني من المتطهرين واجعمني من عبادك الصالحين.
Maksudnya: `Aku naik saksi tiada Tuhan yand disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada
sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan
pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku golongan yang bertaubat, jadikanlah daku
daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau
yang soleh’.
Nota: Sesiapa membaca doa ini selepas berwuduk maka akan keluar segala dosanya daripada
segala anggotanya dan dicap pahala wuduknya dengan satu cap yang ia tidak akan mati
dalam keadaan murtad.
Dalam erti kata ia akan mati dalam beriman, dan wuduknya akan diangkat ke langit dan air
wuduk itu sentiasa bertasbih dan bertafakur dan dituliskan baginya pahala sehingga hari
kiamat.
Subscribe to:
Posts (Atom)